11 July 2017

#5

Macam mana dia jadi seorang penipu dan pemusnah hati gadis gadis? Tipu kalau aku cakap aku tak ego. Tapi ego ni datang dari hati yang banyak bersabar dari 6 bulan yang lepas. Tak semudah tu untuk aku lupa semua. Dari a sampai z. Tak semudah seperti aku post yang aku bahagia di snapchat untuk aku gantikan orang yang aku pernah dan paling sayang. Untuk orang yang aku merayu dan menagih simpati serta kasih sayang. Untuk insan yang aku tak putus asa untuk kesilapan yang aku pernah buat. Aku tak pernah tak kata aku ni betul. Aku ada buat salah. Dan aku cuba baiki. Sayangnya semua tu dah ibarat angin yang singgah. Datangnya orang ketiga membuatkan semua porak peranda dan segala usaha aku ibarat sia sia. 

Sudah la berpura pura baik. Mengambil hak orang takkan pernah menjadi orang yang lebih baik walaupun cuba cover dengan kesalahan orang lain. Bahagia di atas kebahagian orang lain takkan pernah bahagia. Salah aku tetap salah. Tapi jangan lupa semua orang buat silap. Dia juga pernah buat silap dan aku masih lagi beri dia peluang. 

Mungkin tuhan sedang tetapkan yang terbaik untuk aku dan dia. Amin.